Ada yang baru minum 2-3 hari dah hilang 2-3kg. Tak boleh jadi ni. Tuan punya resepi sendiri selalu ngelat minum.

Harini gigih buat balik air kurus viral ni. Testi berderet woih!


Siapa nak resepi baru? Kalini Kak Bib guna #lemon. Resepi ni untuk badan kurus plus perut kempas kempis. Cer try resepi superb kababom ni. Lemak lemak akan lari sepantas ferrari, perut flat macam digilis lori.
.
Bahan bahan dia senang jek nak carik. Takde yang pelik pelik. Don't risau don't worry. Semua ada khasiat tersendiri. Chewah! Yang penting macam biasa, kena la guna kayu manis ori.
.
RESEPI BADAN KURUS PERUT KEMPIS
.
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon 

Madu
.
Cara-cara
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
.
Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
.
Hasilnya? Power Rangers!! Dah la kurus, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi detox gak! Memang berbaloi la siapa yang nak kurus cepat tapi sihat.
.
Eh jangan lupa guna Kayu Manis Ceylon tau. Jangan nak guna kayu manis yang korang beli kat pasar lak. Yang tu keturunan Cassia, sesuai untuk masak masak jek sebab kita guna sikit. Kalau banyak banyak, bukan setakat hilang lemak tapi hati pun rosak sebab kadar coumarin dia terlalu tinggi, bukan dua tiga kali ganda jek tapi berpuluh puluh kali ! Keturunan kayu manis yang betul ni cuma ada kat Sri Lanka jek. Kalau tak percaya, gugel #TrueCinnamon. Untuk perubatan memang kena guna kayu manis asli. Bentuk dia bergulung nipis. Memang lain bebenor ghupe nya tu. Bau pun lembut lembut, ala ala perfume mahal gittew. Kalau takde, abaikan penggunaan kayu manis. Jangan letak kayu manis terus. Better be save than sorry. Power kurang ummph tapi selamat.
.
Dah ler, jom kita tengok khasiat bahan-bahan yang kita guna. Bayangkan bila khasiat ni semua bergabung membentuk satu parti politik. Eh, bukan, bergabung memerangi lemak lemak di badan. Memang kababom bom bom la kan!!
.
SERAI
- menurunkan berat badan
- mengurangkan kolesterol & gula dlm darah
- menurunkan tekanan darah tinggi
- membuang toksin dari badan
- membantu pencernaan
- mengandungi citral yg boleh merawat kanser
.
HALIA
- membuang angin dalam badan
- mengurangkan bau hamis darah ketika haid
- membuang angin dalam badan
- meningkatkan tenaga batin
- merawat pengaliran darah yg bermasalah
- memanaskan tubuh
.
CENGKIH
- merawat masalah pernafasan
- membantu sistem pencernaan
- memanaskan tubuh
- mengandungi euganol yg berfungsi mencegah pembekuan darah yg mencegah penyakit jantung & stroke
- sumber antioksidan yg menjaga kesihatan kulit & wajah
.
KAYU MANIS (TRUE CINNAMON)
- satu satu nya kayu manis sebenar
- mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)
- mengurangkan kolesterol
- membantu melambatkan proses penuaan
- merawat nafas berbau
- mengurangkan kadar gula dalam darah
- mampu memecahkan lemak
.
MADU
- meningkatkan antibodi badan
- manambah stamina
- cantik kan kulit
- memerangi bakteria dalam badan
- mencegah penuaan
- meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan
.
LEMON
- melancarkan pencernaan
- membersihkan darah
- memecahkan lemak di tubuh
- membantu meningkatkan stamina
.
Cuba jangan tak cuba ok. Lelaki pompuan boleh minum ni
.
Kredit resepi kepada Habibah Badar Bajrai via ‎Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Post a Comment

 
Top