LEPAS TUNANG, AKU BUKAN BERDUIT PUN...
LEPAS TUNANG, AKU BUKAN BERDUIT PUN, Rungsing gila, makin hari makin dekat tarikh perkahwinan aku.
Ya, untuk status ni, aku nak kongsikan sesuatu buat korang yang belum berkahwin. Sebelum aku bertunang, aku ada melamar sorang perempuan ni, aku lamar dia dari fb je, aku tau dia ni seorang penulis, so banyak lah akal dia nak uji aku dengan soalan2 yang aku tak aspect, tapi ada satu soalan yang membuat aku tersentap, dia tanya, dah ade kemampuan ke nak terima tangungjawab sebagai seorang suami? time tu aku cuma mampu jawab "saya bukan kerja bagus, belum ada kemampuan dari segi kewangan, bagi saya, kalau cik terima saya, saya hanya ada duit 2K untuk jalankan majlis pertunangan kita" waktu tu mengigil tangan aku nak menaip. Kemudian perempuan ni kata dengan aku, dia suruh aku datang ke rumah dia. Tanpa segan silunya, aku beritau pada ayah aku yang aku nak berkahwin, dn sekarang nak ajak ayah pergi melamar perempuan ni. Ayah aku ada tanya pada aku, cukup ke duit tu nak berkahwin? Aku jawab satu je.. "tak lagi ayah", tpi dalam hati aku, aku yakin, akan ade rezki bagi orang yang nk mendirikan masjid ni.
Tak lama tu, aku setkan masa untuk berjumpa dengan pihak keluarga perempuan. Bila sampai je masa hari aku nk bertunang tu (14/5/2016), aku risau sangat2 kalau pihak perempuan minta hantaran yang tak dapat aku tunaikan. Setelah bincang punya bincang, pihak perempuan letakkan hantaran RM10k. Aku terima ja time tu, sedangkan pada ketika tu, duit dalam akaun bank aku tingal rm50 je lepas gedebak gedebuk preparation rombongan meminang. Nak kene cukupkan sebanyak RM10k dalam tempoh setahun?
Nak jadikan cerita, setelah 5 bulan aku bertunang, aku kerja bagai nak mati, tusyen sana sini, pergi ceramah sana sini, alhamdulillah, aku dapatlah jugk kumpul duit sebanyak RM4K, tapi dalam hati aku still risau, cuma aku tetap yakin yang Allah tu pasti akan bantu aku.
Ok, untuk yang ni, aku nk korang semua ambil pengajaran. Kalau korang nak tau, Tanpa aku berbincang dengan pihak perempuan, aku dh pernah ambil keputusan sendiri untuk buat loan peribadi, untuk cukupkan duit hantaran aku, aku pernah pergi tanya dengan pihak RHB bank, untuk aku buat loan sebnyak Rm10k. Tapi loan aku gagal, sbb aku ade sangkut dekat PTPTN, tungakkan aku sebanyak rm3k lebih. So, aku ambil jalan buat satu kerja gila. Dengan duit yang aku dah kumpul sebanyak rm4k tu, aku pergi bayar tunggakan PTPTN aku, siap extra lagi. Jadi, dalam tangan aku sekarang ZERO!. Hahaha.. then aku pergi buat loan balik. Tunggu dalam 2 minggu, aku dapat call dari pihak RHB, dia kata loan aku tetap tak lulus, kene tunggu lagi 6 bulan untuk bersihkn nama dari Bank Negara atas sebb pernah tertunggak bayaran PTPTN. Waktu tu, aku menangis teresak esak wehh.. hahaha.. Lagi 7 bulan je nak genap setahun aku akan berkahwin. Tapi kan, kalau korang nak tahu, Allah tu tak pernah biarkan kita susah, setiap orang tu, Allah dah siap aturkan rezki masing2. Tau tak kenapa aku cakap macam tu, meh baca lagi.
Power By Viral Media Johor
Untuk bulan seterusnya, aku terpaksa berbincang dgn tunang aku, alhamdulillah dia tak marah pun ape tindakkan aku, dia kata dengan aku, betul dah tu.. itu tanda Allah nak jaga aku dari terus berhutang kalau aku still teruskan niat untuk tunggu dan buat loan bank lagi. Aku ingat ayat dia "Berterima Kasihlah Pada Allah", dan akhirnya dia setuju nak bantu aku untuk cukupkan duit hantaran, dari situ lah kami berhempas pulas cari rezki, jual tudung lah, pergi talk sana sini lah. Tapi yang paling best, kami pernah pergi interview untuk bergelar fasilitator elite, dan Alhamdulillah kami berdua diserap terus didalam satu program ni, yang dinamakan program VIP Camp. Kami beprogram disitu selama 10 hari, dan kami dibayar pada jumlah yang agak lumayan. Syukur atas rezki yang Allah kurniakan kepada kami pada masa tu.
Nak tahu tak, dalam tempoh 4 bulan ja Allah kurniakam rezki keatas kami, kami dapat kumpulkan wang hantaran sebanyak RM10k. Ya! Kali ni aku betul2 menangis, menangis kerana Allah terlalu baik pada aku. Betul orang kata, orang yang ade niat baik nak dirikan masjid ni, Allah akan bantu untuk cukupkan rezki dia walau apa cara sekalipun. Yang pastinya, kita jangan pernah berhenti berdoa dan terus berusaha. Allah tak kedekut Bro, Sis. Allah cuma nak lihat usaha dan niat kau je.
Pada tarikh 19/3/2017 aku berkahwin dengan perempuan tu. Dalam tempoh lebih kurang 10 bulan je kami bertunang, lalu kami berkahwin. Tak sampai setahun pun.. hehehe..
In advance, kami rasa puas sebab RM10K tu rasa keberkatannya menjamu hidagan para tetamu majlis. Cukup sederhana majlis kami.
BRO, SIS.....
"Jangan pernah takut untuk berkahwin, tapi takutlah kerana masih terus didalam kelalaian bercinta sebelum berkahwin"
Ikhlas daripada aku : Seorang Suami.
Credit to: Ustaz Syariff Ad deen
Post a Comment