Gempa bumi berskala richter 7.5 telah melanda Asia Selatan dan telah menyebabkan lebih 160 orang maut, termasuk 12 kanak-kanak perempuan warganegara Afganistan yang mati dirempuh ketika ingin melarikan diri dari sekolah mereka yang sedang runtuh.

Sekurang-kurangnya 1,000 lagi tercedera dan ratusan rumah musnah akibat gempa bumi itu yang menggegarkan benua kecil itu, di mana beribu-ribu orang yang ketakutan berpusu ke jalan-jalan di Afghanistan, Pakistan dan India.




Gempa bumi itu berpusat berhampiran Jurm di timur laut Afghanistan, 250 kilometer (160 batu) dari Kabul dan pada kedalaman 213.5 kilometer, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.


“Laporan awal menunjukkan angka kematian yang tinggi, kerugian kewangan yang besar di Badakhshan, Takhar, Nangarhar, Kunar dan kawasan-kawasan lain termasuk Kabul, " kata Ketua Eksekutif Afghanistan, Abdullah Abdullah.

Menurut jurucakap rasmi, sekurang-kurangnya 31 orang disahkan maut di Afghanistan, manakala 135 lagi kematian dicatat di Pakistan, dengan jangkaan angka itu akan meningkat lagi.

"Angka sebenar tidak diketahui kerana talian telefon dan komunikasi mengalami gangguan di kebanyakan kawasan,” katanya.

Tambahnya, gempa bumi itu menyebabkan kemusnahan besar di beberapa daerah ," kata gabenor wilayah Badakhshan, Shah Wali Adib .
"Setakat ini 1,500 rumah dilaporkan rosak atau musnah,” katanya.

Pusat gempa itu hanya berada  beberapa ratus kilometer dari tapak gempa bumi 7.6 magnitud yang melanda pada bulan Oktober 2005 , yang menyebabkan kematian lebih 75,000 orang.

Post a Comment

 
Top