Dani Pedrosa terus menunjukkan bahawa beliaulah yang terpantas di litar Sepang sepanjang minggu ini. Kesemua 20 pusingan telah dipimpin oleh Pedrosa diikuti oleh Lorenzo, Rossi dan Marquez yang saling bertukar-tukar kedudukan.

Fokus utama dalam perlumbaan ini adalah kontroversi di antara Rossi dan Marquez. Rossi dan Marquez saling bertukar-tukar kedudukan dalam pusingan ke-3 sehinggalah ke pusingan ke-13 di mana Marquez telah terjatuh setelah mendekati Rossi. Kes ini masih dalam pertimbangan oleh pengurus perlumbaan (Race Direction).



Rossi dikenakan 2 penalti iaitu 3 mata ditolak dan kedua, bermula dari kedudukan terakhir dalam petak mula pada pusingan seterusnya di Valencia.

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top