Berbaloi Ke Kerja Offshore 
.
Semasa belajar di UTP, saya mula melihat potensi dalam bidang minyak dan gas. Matlamat utama pastinya bukan bidang itu sendiri, tetapi potensi untuk mendapt gaji yang lumayan. Semasa praktikal saya telah mendapat peluang untuk ke Offshore bagi kerja Hook-up.
.
Setelah menamatkan pengajian, saya mula menyusun langkah mencari peluang dalam bidang ini. Kerja pertama saya hanya bertahan selama 2 bulan. Sempat saya habiskan 2 job di atas ‘Drilling Rig’. Namun atas masalah syarikat, saya berhenti.
.
Alhamdulillah, rezeki saya masih ada di dalam bidang ini. Saya telah mendapat tawaran sebagai Jurutera Lapangan.
.
Dari pengalaman saya, ini yang saya boleh kongsikan:
.
1. Gaji/Elaun
.
πŸ”˜ Umum mengetahui gaji/elaun pekerja laut agak lumayan, itu saya tidak nafikan. Kebiasaannya pekerja tetap diberi gaji bulanan dan elaun offshore. Elaun yang pernah saya terima sekitar RM80 – RM350 sehari. Bagi pekerja kontrak/freelance, kebiasaannya gaji dibayar mengikut hari yang mana jumlahnya boleh mencecah ribuan ringgit sehari.
.
2. Rotation & Shif
.
πŸ”˜ Bergantung kepada jenis kerja, ada yang rotation 2minggu on/off (biasanya kerja di pelantar), ada yang 4minggu on/off (biasanya kerja di drilling rig), ada yang berbulan-bulan (biasanya orang kapal), dan bagi kru projek rotation tidak menentu bergantung tempoh projek. Kebiasaannya saya perlu ke laut 2-3 bulan, off 1 / 2 minggu dan kembali semula ke laut.
.
πŸ”˜ Bagi shif pula, hanya ada shif malam / shif siang, dimana 1 shif adalah selama 12jam. Nampak mudah bukan kerja 12 jam, namun bagi Jurutera tempoh 12 jam hanyalah untuk memantau kerja kru di deck atau pelantar. Selepas habisnya 1 shif, pelbagai laporan dan plan kerja perlu di kemaskini. Kebiasaannya 1 hari tempoh kerja sekitar 15 ke 16 jam, lebih sehari pun sudah menjadi lumrah kerja laut. Lebih teruk lagi, jika tersadai di pelantar atau boat ketika cuacu buruk. Hanya mampu pasrah dan berdoa untuk cepat pulang ke kapal.
.
3. Pengangkutan
.
πŸ”˜ Hanya ada 2 cara untuk pergi offshore samada helicopter (chopper) atau kru boat. Kebiasaannya hanya klien atau pekerja rig yang guna chopper, untung mereka kan? Bagi kami kru projek, boat adalah satu-satunya pengangkutan yang digunakan. Pengalaman saya yang paling ngeri apabila menaiki boat untuk pulang ke darat selama 33jam, keadaan saya ketika itu amat sengsara. Telan pil, tidur, bangun, makan masih nampak laut. Saya pun tak ingat berapa kali muntah ketika itu.
.
4. Makanan
.
πŸ”˜ Bagi makanan ia bergantung kepada dimana anda berada, menu pastinya berbeza. Pernah satu ketika saya terdampar di sebuah pelantar, makanan memang superb. Dengan pelbagai makanan laut, ais krim baskin robbins & magnum, buah-buahan, segalanya ada. Boleh katakan saya tidak pernah ponteng waktu makan 5 kali sehari dan sejujurnya berat saya bertambah 2kg dalam masa 36hari. Namun yang pahitnya pasti ada, ketika di dalam boat di Mumbai, hampir 2 hari saya hanya makan nasi putih berkuahkan dhal.
.
5. Keselamatan
.
πŸ”˜ Masa kerja di laut, fokus yang tinggi diperlukan setiap masa demi keselamatan. Walaupun kerja sentiasa rasa tak tenang dan seperti di dalam penjara. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. Sampaikan ada yang tak dapat menghadiri pengkebumian ibu bapa sendiri akibat ketiadaan boat dan chopper. Jika anda tonton ‘Deepwater Horizon’, bayangkan kami pekerja laut yang setiap masa terdedah dengan pelbagai risiko. Kisah putus jari, terjatuh laut, terlanggar objek tergantung adalah kisah yang seringkali didengar. Pepatah ada mengatakan, 'IT’S JUST A JOB BUT NOT WORTH YOUR LIFE', jadi fokus, fokus dan fokus.
.
6. Telekomunikasi
.
πŸ”˜ Mujurlah kini teknologi semakin canggih, saya tidak dapat bayangkan bagaimana pekerja laut terdahulu ‘survive’ selama berbulan-bulan tanpa khabar berita dari keluarga. Sedangkan saya pada satu ketika pernah terputus hubungan internet & telefon selama seminggu, perasaan ketika itu rasa bagai nak gila mengenangkan nasib isteri dan keluarga. Hubungan telekomunikasi di laut sangat-sangat terhad. Kapal terakhir yang saya naik, untuk telefon SGD15 = 60minit. Nak bergayut perlu beratur lagi, tidak boleh lama-lama mmg kena ‘sound’ nanti. Internet pula tidak menentu tenggelam timbul.
.
7. Keluarga
.
πŸ”˜ Untuk anda yang masih lagi bujang pastinya tiada masalah untuk pergi ke laut selama mungkin. Begitu juga saya, di awal saya ke laut 2-3 bulan tidak rasa apa pun. Segalanya jadi lain setelah berkahwin dan mempunyai anak, jujur saya katakan yang pastinya air mata jantan saya menitis setiap kali ingin melangkah keluar rumah untuk ke ‘offshore’. Mujurlah saya mempunyai boss yang masih punya perasaan, ikutkan semasa isteri bersalin saya perlu naik laut tetapi beliau melepaskan saya selama 3 minggu untuk bersama isteri. Ini adalah pengorbanan terbesar bagi orang laut, kami gadaikan masa bersama keluarga demi rezeki di laut.
.
Kesimpulan:
.
Jika ada adik-adik yang baru grad terdetik untuk ‘join’ bidang minyak & gas, fikirlah sekali lagi. Ianya tidak seindah yang seperti anda bayangkan. Banyak lagi peluang lain yang terhidang di depan mata. Walaupun bekerja pejabat, tetapi anda mempunyai masa dan peluang untuk melakukan kerja sambilan seperti Berniaga Online, Perunding Unit Amanah, Agen Hartanah, Agen Dropship, Uber/Grab dll.
.
Bagi rakan-rakan yang sedang bekerja di laut, rancang masa depan anda dari sekarang. Sediakan wang kecemasan sekurangnya 6 bulan ke 1 tahun. Tiada apa yang kekal selamanya, sebaliknya cari jalan untuk menjana pendapatan pasif bagi pelan persaraan kelak.
.
Kepada para isteri yang suami kerja laut, berterima kasihlah kepada suami anda dengan pengorbanan mereka demi keselesaan keluarga.
.
Kepada para suami yang kerja laut, berterima kasihlah kepada isteri anda yang menjadi ketua keluarga semasa anda di lautan. Buat isteriku Nurul Fahida Abu Bakar, terima kasih atas pengorbanan menjaga Baby Jelita Aisyah.
.
Andai kata saya diberi pilihan untuk kembalikan masa, pastinya saya akan memilih jalan yang lain. Selamat berjaya rakan-rakan 


dari FB: Syed Amirul 
 πŸ˜Š

Post a Comment

 
Top