Alhamdulillah - Anugerah di usia muda
Sekali lagi di ucapkan Tahniah kepada anaknda berdua di atas Penganugerahah Istana Darjah Kebesaran Indera Mahkota...

Ayah dan ibu sentiasa di belakang kamu...
Cerita
Kata lah apa orang nak kata, atau caci dan cemuh lah sesuka hati...sebagai seorang ayah kepada beliau aku tetap merasa amat bangga dan gembira dengan apa yang telah beliau dan isterinya kecapi dan nikmati di usia muda 24 tahun...
Pengorban dan susah payahnya pernah aku ceritakan di beberapa artikel yang aku tulis di muka buku ini beberapa tahun yang lepas juga post ulangan yang aku muat turunkan di sini...
Perkahwinan mereka di awal usia menjangkau 19 tahun yang pada awalnya membuatkan aku menerima cemuhan dari segelintir kenalan juga keluarga dengan kata kata..."kawin muda nanti nak makan apa..?..."Degree pun belum buat dah nak nikah dah..." ribuan kata kata sindiran dan aku anak beranak pekakkan telinga...
Mereka sah di ijab kabulkan di awal usia menjangkau 19 tahun...ke dua duanya masih belajar di Pusat Pengajian Tinggi dan dalam masa yang sama berusaha berniaga dan membina rumah tangga....

Masih segar di ingatan melihat mereka berdua terkial kial dengan kuliah di Uni, memikul kotak kotak menjaja dan menghantar barang dagangan secara COD juga mengendong anak kecil yang masih menyusu di riba...
Hari hari yang berlalu...Allah membantu mereka...mereka berjaya menamatkan Pengajian, berjaya membina empayar perniagaan sehingga ke Hong Kong, Taiwan dan Indonisia dan sebagai tanda syukur mereka beberapa kali ke Mekah menunaikan Umrah.
Anak semakin membesar di namakan Ali Mikhael bin Ali Akmaluddin bin Ali Zaik aka Ali Russia dan kini tambah seorang lagi...Puteri.


Alhamdulillah...mereka mengatur hidup dengan bantuan Allah dan menjadi lebih sempurna...
Insyallah di tahun hadapan mereka akan maju setapak lagi...membuka kilang di Tanah Seberang...
Sebagai seorang ayah aku merasa bangga dengan mereka dan aku pasti ayah ayah di luar sana pun pasti akan merasa seperti aku rasa sekiranya anak anak mereka berjaya di dunia yang sementara ini...

Kejayaan yang sebenar ialah dalam agama...jadikan lah cerita aku dan anak aku ini iktibar dan perangsang kepada anak anak muda di luar sana...
Semuga Allah mengampuni kita semua..

Psst : ambik yang positif...fikir baik akan jadi kebaikan

Post a Comment

 
Top