Orang kata dapat CGPA rendah pun tak mengapa. Dapat SPM rendah pun tak mengapa. Dapat PT3 sikit pun tak mengapa. Asal cukup makan pun tak mengapa. Drop out school pun tak mengapa.
Mereka kata semua tu tak menentukan hala tuju pekerjaan seseorang.
"Tak habis SPM pun boleh jadi jutawan."
"Tak cemerlang di universiti pun jadi menteri."
Sekiranya begitulah pemikiran semua orang, maka matlamat wujudkan sekolah dan universiti telah gagal --- melahirkan modal insan cemerlang duniawi ukhrawi.
"Tak pergi sekolah pun boleh buat bisnes online jadi hartawan! Kau habis PhD jadi apa? Sekarang zaman orang kena buang kerja beb."
Jika kita kembali ke masa silam, saat pengumpulan hadis, penyaringan hadis. Sekiranya seseorang ulama itu tidak cemerlang dalam ilmunya, adakah kita nak percaya akan hadis-hadis yang dibukukannya? Akan timbul rasa sangsi kan. Justeru, ulama dulu tekun tiap keping ilmu hingga jika matinya dia, orang sekeliling menangisi pemergian kerana pergi bersamanya adalah ilmu pengetahuan yang setinggi langit dan bumi.
Cemerlang dalam pelajaran bukan bermakna seseorang itu pandai, tapi seseorang itu telah berusaha sehabis dayanya untuk sampai ke tahap itu. Tak mungkin yang dapat dekan itu kerjanya hanya tidur bangun, copy paste assignment, main game semata-mata.
"Alah, dia baik dengan lecturer, dapatlah tinggi markah. Aku tak pandai bodek."
Bukan ke bina hubungan dan networking dengan semua org juga adalah salah satu skill yang patut dikuasai di universiti untuk dipraktikkan di lapangan kerja. Janganlah bodek, itu keji. Cukup takat buat baik dan bina adab guru-murid.
***
Kesimpulan teruslah, malas nak taip. Kalau kamu drop out, tak cemerlang bagai, tapi kamu rajin kerja, usaha keras untuk cari rezeki, insya-Allah akan berjaya juga kerana Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang pada hamba-hamba-Nya.
Sekarang, org belajar tinggi-tinggi, bukan untuk target kerja best dah. Lapuk dah idea kuar universiti dapat kerja tu. Sebahagian besar pelajar sekarang sejak sekolah menengah lagi sudah jadi usahawan. Di peringkat universiti sudah 5 angka pendapatan pun. Duit boleh cari. Tapi, ilmu bukan senang nak kuasai.
Walau kamu kaya harta berjuta sekalipun, belum tentu kamu dapat kuasai ilmu Al-Quran misalnya. Ilmu engineering ke kedoktoran, biologi kimia ke accountancy ke ah banyaklah bidangnya.
Seiringkan. Buat yang terbaik dalam pelajaran. Buat yang terbaik dalam pekerjaan pilihan masing-masing. Bukannya kalau dah tak boleh dalam pelajaran, terus lupakan dan tumpu pekerjaan cari duit semata-mata. Begitu juga tak boleh dah terlalu menjadi ulat buku semata-mata dan tak usaha bekerja. Tak boleh blah gak.
Firman Allah:
"Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [QS al-Mujadilah (58): 11]
Kita pun tak nak suatu hari nanti, keluarga kita dipimpin orang-orang ada duit tapi tak cerdik (kurang ilmu didik isteri anak).
Lebih teruk lagi, negara dipimpin oleh orang-orang yang ada bisnes besar berharta juta-juta, tapi pemikirannya dangkal atas sebab kekurangan ilmu pengetahuan.
"Duit boleh cari, tapi masa boleh tak kita beli dengan duit?"
Sekains.
Credit to FB: Tun
Post a Comment