1. Sunway Lagoon


Terletak di Bandar Sunway Subang Jaya, Selangor. Merupakan taman tema air yang paling poular di Malaysia. Dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Antara yang ditawarkan adalah Water Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park, Cleopatra dan Hi-Dive.

Boleh tengok info lengkap di website Sunway Lagoon


2. Legoland Malaysia


Legoland Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama dibuka di Asia. Terletak di Nusajaya , Johor. Jika datang bercuti di Johor anda boleh mempertimbangkan untuk menginap di Hotel Legoland yang menarik dan unik.

Boleh tengok info lengkap di website Legoland.

3. Gambang Water Park

Taman tema air yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Taman air Bukit Gambang ini terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang.

Waktu operasi operasi water park

Isnin, Rabu & Khamis :
10.30 pagi - 6.30 petang

Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum :
9.30 pagi - 6.30 petang

Tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah & umum.

Boleh tengok info lengkap di website Gambang Water Park

4. Taman Tema Air i-City


Taman Tema i-City ini terletak di Shah Alam berdekatan dengan Wisma Jakel Shah Alam

Taman tema air ini menyediakan pelbagai permainan dan antara tarikannya ialah gelongsor Tornado Ride yang dibina dengan ketinggian tujuh tingkat bangunan.Antara permainan lain yang disediakan di taman tema air itu ialah Wave Pool, River Adventure, Giant Jacuzzi dan iChildren’s Adventure dan pelbagai lagi.

Boleh tengok info lengkap di website i-City

5. Gold Coast Morib


Berhampiran dengan pantai Morib, selain dari bermain di taman air, anda juga boleh menikmati paorama senja atau matahari naik di sini jika anda menginap di resort yang di sediakan di sini.

Boleh tengok info lengkap di website Gold Coast Morib.

6. Wet World Water Park



Terdapat di 3 lokasi :
1. Shah Alam (Selangor)
2. Pedas (Negeri Sembilan)
3. Batu Pahat (Johor)

Tiket masuk ke Wet World ini boleh dikatakan agak lebih murah berbanding taman tema air yang lain.

Boleh tengok info lengkap di website Wet World Water Park

7. Taman Desa Water Park

Saru-satunya taman tema air di Kuala Lumpur, tarikan utama di sini adalah  gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt . Untuk makluman Thunderbolt tidak beroperasi pada hari kerja isnin hingga jumaat.

Waktu operasi operasi water park

Isnin - Jumaat :
10.30 pagi - 6.00 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum :
10.00 pagi - 6.00 petang

Boleh tengok info lengkap di website Taman Desa Water Park

8. A Famosa Water Park


Terletak di Melaka,selain dari boleh mandi manda, taman tema ini juga menawarkan Safari Wonderland bagi memberi peluang kepada anak anda melihat haiwan-haiwan yang terdapat di sini.

Waktu operasi operasi water park:
11.00 pagi-7.00petang (Isnin –Jumaat)
9.00am – 7.00pm (Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum)
Tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah & umum.

Boleh tengok info lengkap di website A Famosa Resort.

9. Lost World of Tambun


Terletak di Perak, selain dari taman tema air, Lost World of Tambun juga mempunyai zoo yang mempamerkan 400 jenis haiwan. Di sana juga terdapat kolam air panas dan spa pada waktu malam .

Boleh tengok info lengkap di website Lost World of Tambun

10. Taman Tema Air Di Bangi (Sedang Dibina)




Taman tema yang sedang dibina ini terletak di Bangi Selangor berdekatan dengan bangi avenue. Jadi warga Bangi tak payah pergi taman tema air jauh-jauh lagi dah lepas ni.

Tarikh siap pembinaan taman tema air ni masih belum diketahui.

Post a Comment

 
Top