Hero Hatrik Steven Naismith meraikan jaringannya dalam aksi menentang Chelsea, sebentar tadi. |
Peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris bertambah sukar apabila Steven Naismith meledak hatrik untuk menafikan kemenangan pasukan Chelsea. Chelsea tewas, 3-1, ke atas Everton pada perlawanan liga inggeris (EPL) sebentar tadi.
Pasukan Jose Mourinho membuat permulaan yang agak teruk di Goodison Park Scotland apabila Steven Naismith yang masuk sebagai pemain gantian pada m-9 menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit pada pertengahan babak pertama.
Nemanja Matic berjaya merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama. Namun begitu, Naismith melengkapkan hatrik dengan bergaya pada babak akhir untuk memastikan kekalahan Chelsea.
Tiga kekalahan dan hanya empat mata daripada lima perlawanan merupakan permulaan musim yang terburuk bagi Chelsea sejak 1988. Sebelum ini, mereka tewas kepada Crystal Palace dan Manchester City.
Post a Comment