Imam  ke-2 Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim  telah ditampar oleh seorang lelaki sewaktu mengimamkan  solat jumaat sebentar tadi.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan India terus menampar imam tersebut.

Lelaki yang dipercayai warga asing itu turut merampas mikrofon daripada imam tersebut dan terus menamparnya. Bagaimanapun lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Berlaku sedikit kekecohan di luar perkarangan masjid apabila orang ramai mengambil peluang memukul lelaki terbabit sewaktu polis memgiringinya ke kereta polis.

Motif tindakan lelaki berkenaan menampar masih belum diketahui lagi.

Orang ramai memukul lelaki berkenaan

Polis megawal ketat lelaki berkenaan

Post a Comment

 
Top