Orang ramai pasti teruja untuk menonton filem lakonan Tun M dalam filem Kapsul terbitan syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd .Filem tersebut berkaitan dengan keadaan politik semasa dan lakonan Tun M telah melengkapkan lagi filem tersebut.

Peminat boleh melihat aksi lakonan Dr. M dalam lima babak termasuklah babak dialog antara beliau dan pelakon utama, Faizal Hussein. Filem terbabit dijangka menemui peminat pada 17 September ini.



Belum lagi ditayangkan di pawagam, tapi telah ada isu yang tidak sedap didengar telah berlaku. Penerbit filem itu Amru Najmi Osman, meluahkan perasaan tidak puas hatinya di laman facebook dan  juga menjelaskan bahawa filem tersebut tiada sangkut paut dengan isu politik sebaliknya berkaitan dengan bangsa.

Aku nak citer jugak.Aku tak peduli.Terus terang aku cakap dalam usia aku 42 tahun ni sekali jer aku pernah mengundi.Dan aku memilih dacing sebab kononnya aku nak bantu parti menang.Tahun 2014 aku telah mengambil initiatif untuk menerbitkan sebuah filem perjuangan melayu bagi menyatukan bangsa ini.Sekurang-kurangnya aku tidak memekak menjadi keyboard warrior.Dan memberikan sesuatu untuk bangsa aku melalui filem ini yang idea arwah Martias Ali ini mmg 100% untuk bangsa dan bukan ada isu politik langsung. Skrip beliau telah ditulis tahun 2009 dan tiada olahan dibuat selepas aku mengambilnya.


Beliau juga kecewa apabila filem terbabit seolah diboikot pada Festival Filem Malaysia ke-27 gara-gara adanya Tun Mahathir.

 ‪#‎ffm27‬ telah melukakan hati aku apabila hanya trailer Kapsul tidak ditayangkan. Bravo5, Polis Evo dan filem-filem lain semua ditayangkan.Aku memang dah agak,mungkin sebb Tun M ada dalam filem aku.Aku selalu dengar orang kata,politik ni kotor, dan baru aku perasan kenapa nama Bersih digunakan.smile emoticon . Perjuangan harus diteruskan. Filem Kapsul skrip 2009 ada kisah Tunku, Tun Razak, Najib masa muda dan Tun M. Jangan tanya kenapa PakLah takder...kenapa Najib skrg takder...sebbnya..ianya kisah KAPSUL dan skrip telah lama ditulis sebelum serangan dibuat oleh kedua pihak.Itulah penjelasan aku...apa orang nak kata dan nak buat...terpulanglah..hanya Allah yang tahu

Beliau juga mengatakan bahawa filem ini bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya adalah  atas rasa sifat tanggungjawab pada bangsanya.

Tapi yang menyedihkan,msg untuk bangsa yang arwah buat ini adalah satu hasil yang amat terbaik.Sebb tu aku buat filem.Aku bukan Skop Production atau GB atau Tayangan Unggul, dan aku tahu filem sejarah semuanya tak kutip duit.Tapi aku peduli apa. Atas dasar tanggungjawap pada bangsa, aku buat jugak dan habiskan jugak.Aku masih mencari sebb kenapa trailer ini tidak ditayangkan.Aku dgr Najwa pun takleh nyanyi masa FFM27.Takpa...biar aku cek dulu. Tapi yang pasti, sekiranya ini isu politik, aku berjanji, 3 undi untuk BN akan hilang untuk next PRU (aku tak tahu nak pangkah saper dah). Dan sekiranya filem ini gagal, aku bersyukur pada Allah kerana memberikan aku rezeki menyiapkan sebuah filem untuk bangsa aku sendiri dan MENCIPTA SEJARAH. Sekian. www.filemkapsul.com ‪#‎kapsulthemovie‬ ‪#‎filemkapsul‬ p/s kalau orang atasan nak berlakon juga bagitahu la....aku takder contact korang. 

Post a Comment

 
Top