Pengeluaran iPhone 5 merupakan pencapaian yang terbaik yang pernah dicipta oleh Apple. Tetapi, dalam berpuluh-puluh juta iPhone 5 yang telah dikeluarkan, mungkin akan ada beberapa masalah yang timbul. Pada awal pengeluaran iPhone 1, banyak reaksi positif telah diberikan pengguna terhadap peranti tersebut. Namun, sesetengah pengguna mungkin akan menghadapi beberapa masalah.






  1. Calar 

    Ada sesetengah pengguna mendapati bahawa iPhone 5 yang telah mereka miliki dan guna, mudah mengalami kesan calar pada badanya walaupun pada asal nya iPhone 5 ini dikatakan memilik lapisan anti-calar. Secara am-nya, sekiranya peranti ini telah dibaluti oleh lapisan anti-calar, mana mungkin peranti ini mampu untuk calar. Akan tetapi, bagi pengguna iPhone 5 ini, mendapati bahawa peranti yang mereka miliki mudah calar dan nampak seperti tiada perbezaan dengan smartphone yang lain. Setelah dihantar kepada pengedar barang-barang Apple, pihaknya mendapati bahawa lapisan filem pelindung telah dikeluarkan sebelum pembeli membeli. Pihak pembuatan peranti telah dipersalahkan, dan beberapa laporan telah menunjukkan bahawa Apple telah mengetatkan standard kawalan kualiti untuk mengurangkan kerosakan kilang. Maka jangan terkejut kalau iPhone 5 anda calar.


  2. Apple Maps

    Pengguna yang sudah biasa menggunakan Google Maps mungkin akan menghadapi beberapa masalah apabila mereka menggunakan Apple Maps. AMT berkata sedemikan kerana Google Maps mempunyai sincronisation dengan satellite yang membolehkan anda tuju kesatu tempat dengan cepat dan tepat. Akan tetapi, apabila pengguna iPhone 5 menggunakan Apple Maps, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka, antaranya  tiada jalan yang ditunjukkan, nama pada jalan salah dan resolusi imej satellite nya rendah. Pihak Apple dalam proses membaik pulih Apple Maps mereka. Apa yang boleh AMT kongsikan ialah  pemilik iPhone 5 yang terlepas versi lama boleh menyimpan Peta Google web app ke skrin utama mereka untuk memulihkan akses penuh kepada produk Google.


  3. Penggunaan Data Plan

    Pengguna iPhone 5 mengalami masalah data plan dimana ia berfungsi secara automatik walaupun anda menggunakan Wi-Fi. Apa yang AMT maksudkan ialah, kredit anda ditolak melalui caj data plan walaupun anda berada dalam Wi-Fi coverage. Isu ini telah diutarakan kepada Verizon iPhone 5. Dan mereka mengambil serius dalam mengangani masalah caj tambahan tersebut. Pihak Verizon telah berjanji untuk tidak mengenakan caj data plan kepada sesiapa sahaja kerana mereka telah mengambil kira bahawa ini adalah kelemahan iPhone 5. Jadi berhati-hati lah ketika menggunakan iPhone 5 dan perhatikan lah simbol data plan anda sama ada muncul atau pun tidak pada skrin anda.


  4. Kebocoran Pencahayaan

    Terdapat beberapa laporan bahawa iPhone 5 putih mengalami  kebocoran cahaya di bahagian tepi peranti. Masalah ini berlaku apabila peranti ini digunakan dalam gelap. Kebocoran pencahayaan dapat dilihat melalui jurang antara kaca depan dan tepi aluminium peranti. Pengguna iPhone 5 telah mengadu masalah ini di forum, dan pihak Apple telah mengeluarkan kenyataan bahawa Apple akan menggantikan alat peranti mereka sekiranya masih dalam jaminan (under warranty).


  5. Kelipan yang keluar dari Papan Kekunci

    Akhir sekali, sesetengah pengguna iPhone 5 akan melihat kelipan pelik apabila papan kekunci muncul di skrin. Sama ada mereka sedang memasuki kata laluan untuk App Store atau menggunakan aplikasi lain yang membawa kepada papan kekunci naik ke atas, garis statik gelap di seluruh paparan berkelip dan hilang. Ada yang melaporkan bahawa bug hanya muncul apabila menaip perkataan tertentu. Walaupun masalah itu boleh berlaku namun ia tidak  menjejaskan operasi papan kekunci anda. Apa yang pasti, Apple akan menangani masalah dalam IOS yang akan datang.

Sekian, coretan dari : Anda memang Terbaik

Post a Comment

 
Top