Laman sosial popular, Facebook bakal melakukan sedikit perubahan  pada gambar profile iaitu pelayar dapat menggunakan video berdurasi sehingga 7 saat sebagai gambar profile masing-masing pada versi mobile.

Baca:  Facebook Bakal Memperkenalkan Butang 'Dislike'.

Facebook Newsroom dalam kenyataannya berkata bahawa video tersebut akan dimainkan secara automatik apabila pelayar lain melihat mana-mana akaun peribadi yang menggunakan fungsi tersebut.

“Profile video akan menunjukkan sisi anda yang sebelum ini tidak dapat dilihat dan menambah dimesi baharu kepada profil anda,” kata kenyataan tersebut.

Pengguna Facebook juga dapat mengawal beberapa maklumat yang ingin dikonsi, seperti pekerjaan dan latar belakang pendidikan.

Perubahan yang sangat ketara diperkenalkan Facebok adalah gambar atau video profile kini ditempatkan di posisi tengah untuk versi mobile.

Seterusnya, pengguna boleh menyertakan emoji di setiap status yang dikongsi.

Buat masa ini, fungsi tersebut hanya boleh digunakan oleh pengguna di negara-negara yang terpilih pada waktu ini dan akan diperkenalkan di seluruh dunia pada masa akan datang.

Post a Comment

 
Top