Teknologi pada hari ini  semakin hari semakin pesat membangun. Tidak kurang hebatnya juga perhubungan, ia perkara utama sejak dari kita lahir lagi. Teknologi dan perhubungan berkait rapat anatara satu sama lain. Terutamanya apabila seseorang itu berada situasi Distant Relationship atau perhubungan jarak jauh, sebuah pasangan akan mengguna kan teknologi yang ada untuk menghubungkan antara satu sama lain. 


Ada yang menggunakan Voice Over Internet Protocol(VOIP) seperti Skype dan juga Whatsapp ntuk menghubungkan antara pasangan yang berada di tempat yang berbeza. Gambar dan Smiley dapat dikongsikan bersama-sama. Antara 5 applikasi yang paling ramai menggunkanya dalam Perhubungan ialah:



1. Between



Menghantar mesej-mesej comel penuh dengan puisi  adalah satu perkara yang biasa. Between boleh membantu anda untuk menghantar mesej, mel suara, gambar dan memo kepada pasangan anda. Selain itu, Between juga membolehkan anda berkongsi-kongsi pendapat antara satu sama lain. Gambar yang di muat naik dalam aplikasi ini disusun mengikut tarikh bermakna anda dan anda boleh menyimpan semua detik-detik berharga mengikut tarikh istimewa bersama pasangan anda. Apa lagi? Anda boleh  menyimpan detik-detik istimewa anda dalam aplikasi ini dan anda boleh akses pada bila-bila masa yang anda suka!





2. Couple



Mungkin pinggan akan melayang kepada anda jika anda lupa anniversary anda? Jangan salahkan  diri anda kerana manusia bersifat cepat lupa. Oleh itu, anda perlu beralih kepada penggunaan aplikasi Couple. Couple membolehkan anda untuk kekal berhubung dengan orang yang anda sayangi di seluruh dengan mesej, perkongsian imej dan juga perkongsian lokasi. Couple ini juga boleh memberi peringatan kepada anda sekiranya anda menetapkan tarikh istimewa ke dalam kalender. Anda juga boleh membuat panggilan video dan audio melalui aplikasi ini. Fungsi yang paling penting yang ada dalam aplikasi ini ialah ThumbKiss iaitu ia membolehkan anda menghantar Flying Kiss kepada pasangan anda. Bila anda Buka pada Sketching mode anda boleh lukiskan apa sahaja benda yang anda inginkan.





3. Tokii


Bagaimana pula dengan bermain beberapa permainan yang lebih interaktif ketika sedang jauh? adakah anda mampu buat walaupun anda berjauhan dengan pasangan anda. Namun, Tokii boleh membuat kan anda berbuat demikian. Anda boleh bermain permainan interaktif bersama-sama pasangan anda dan anda boleh berkongsi skor kepada dunia manakala yang paling syok, anda boleh mempamerkan mood anda antara satu sama lain.





4. Kindu

Apabila anda terasa untuk menjadikan hubungan anda ketahap sesuatu yang lebih tinggi dan mampu untuk mengetahui hal peribadi diri masing antara satu sama lain. Maka, Kindu mampu menyempurnakan impian anda. Kindu mampu berfungsi untuk membolehkan mengeluarkan cadangan untuk kedua-dua belah pihak secara persendirian dan mereka boleh menilai setiap cadangan sama ada sebagai "pasti"atau "tidak, terima kasih", atau "mungkin terbuka kepada perbincangan"; dan apabila jawapannya adalah "pasti" atau "mungkin terbuka kepada perbincangan "dari kedua-dua pihak, Kindu boleh memberi isyarat hijau dan anda boleh berbincang antara satu sama lain terutama dalam perhubungan anda.





5. Fix A Fight


Mari kita lihat! pergaduhan yang wujudnya dalam sesuatu perhubungan. Walaupun kita sangta berharap yang dalam perhubungan kita tidak akan atau tak nak bergaduh, namun ia tak mampu dielakkan. sudah menjadi lumrah dalam perhubungan mesti ada pergaduhan. Biasnya, kita memerlukan orang tengah dalam membantu kita bagi menyelesaikan masalah kita bergaduh dengan pasangan. Akan tetapi, sekarang anda dan pasangn tidak perlu risau lagi kerana aplikasi Fix A Fight mampu menyelesaikan masalah ini. Anda tidak perlu dillemma lagi apabila anda menggunakan aplikasi ini.  Pertama, ia mampu memberikan anda kata-kata semangat dan  emosi yang baik supaya anda dapat mengawal perasaan anda. Fix A Fight adalah orang tengah anda bagi membetulkan kembali perhubungan anda dan pasangan. Namun, aplikasi ini hanya membantu, tapi memerlukan diri sendiri untuk memulihkan keadaan yang sedang kelam kabut.




Sekian, coretan dari Anda memang Terbaik





Post a Comment

 
Top