1. One City Sky Park

One City Sky Park ni terletak di tengah-tengah bandar Subang bersebelahan dengan Puchong. Bangunan Subang One City ini terdapat tiga bahagian utama iaitu Sky Park, The Place dan Garden Shoppe.

Sky Park berada di tingkat paling atas iaitu tinggkat 10. Di bahagian ini orang ramai dapat merasai sendiri pengalaman berjalan di atas bumbung kaca yang dapat menimbulkan rasa gayat. Tapi tidak perlu risau kerana lantai tersebut dibuat daripada kaca yang sangat kukuh.

Jangan risau!! tiada bayaran masuk dikenakan kepada pelawat dan dibuka setiap hari pada pukul 10:00 pagi-10:00 malam.










2. The Shore Sky Tower Melaka

Bagunan The Shore Sky Tower ini terletak di tengah-tengah ban­­­­dar raya Melaka. Jika anda seorang yang berani dan sukakan cabaran, anda boleh merasai sendiri pengalaman berjalan di tinggkat atas bangunan  tersebutyang terletak di tinggkat 43.

Tarikan utama di sini adalah  memijak di atas kaca telus iaitu ‘observatory deck’ yang terletak sejauh hampir 3 meter kaki di ruang khas pada ketinggian 163 meter dari paras laut yang mana hanya  lima orang sahaja dibenarkan dalam satu masa.

Anda  boleh melihat kumpulan ikan koi yang berenang menerusi kolam ber­lantaikan kaca dan terdapat enam buah teleskop untuk kegunaan para pengunjung untuk meninjau dengan lebih dekat kawasan sekitar bagunan tersebut. 

Di sana juga terdapat 'The Sky Deli' iaitu sebuah res­­toran di tingkat 42 dan juga ‘Sky Bar’ di tingkat 43. Bayaran masuk dikenakan iaitu RM28 untuk Dewasa, RM18 untuk Kanak-kanak dan RM18 untuk Pelajar.









Post a Comment

 
Top