Manchester United mengutip tiga mata penuh di Stadium St Mary, sebentar tadi, selepas menundukkan tuan rumah, Southampton 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

United terlebih dahulu dibolosi pihak lawan pada minit ke-13 apabila Graziano Pelle mengambil peluang menendang masuk bola hasil tampanan keluar De Gea.

Tetapi  bintang baharu United, Anthony Martial berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 dan menambah satu lagi gol pada minit ke-50.

Juan Mata menambah gol ketiga untuk United selepas menyepak masuk bola lantunan yang terkena tiang gol.

Sebelum tamat perlawanan, Pelle sekali lagi mencipta gol apabila menanduk masuk bola ke gawang United.

Post a Comment

 
Top