Suami Umie Aida, Khairuddin Ditahan Polis Petang Jumaat
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan oleh PDRM di kediamannya di sini pada lewat petang semalam.
Menurut peguamnya, Khairuddin telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Isterinya, Datin Seri Umie Aidi mengesahkan Khairuddin ditahan di kediamannya di Mont Kiara kira-kira jam 7.30 malam.
BACA: 1MDB: Suami Dedah Umie Aida Mahu Berpisah Jika Belot Dalam Perjuangan
“Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah,” kata Umie Aida memetik laporan MalaysiaKini.
Umie juga dalam masa yang sama turut mendoakan agar keselamatan suaminya terjaga ketika berada dalam tahanan tersebut melalui akaun Instagramnya.
Difahamkan Khairuddin ditangkap oleh para pegawai dari Bukit Aman. Malah Khairuddin dan juga peguamnya turut dilarang untuk meninggalkan negara ini.
Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin menyerahkan bukti berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland dan meminta pihak berkuasa negara tersebut menyiasat aktiviti syarikat itu
Post a Comment