Kali ke-2 beliau kembali dengan skuad, pertama kembali dari penggantungan dan kedua, kembali selepas insiden yang hangat diperkatakan antara beliau dan Tan Cheng Hoe.



Kehadiran beliau dalam sesi latihan petang ini sudah pasti menarik perhatian semua pihak terutamanya penyokong skuad hijaukuning yang masih tertanya-tanya akan status beliau bersama pasukan Kedah. Begitu banyak spekulasi dari laman media sosial dan tidak kurang juga media arus perdana turut melaporkan insiden antara Bang dan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe sejurus tamat perlawanan Kedah v JDT II.



Kehilangan beliau dalam radar pasukan selama 17 hari kini terjawab dengan kehadirannya dalam sesi latihan petang tadi, tepat pada masanya apabila kudrat beliau masih diperlukan untuk saingan TM Piala Malaysia 2015.

Turut diakui oleh jurulatih Tan Cheng Hoe, isu Bang Seung Hwan sedikit menganggu beliau dengan banyak pertanyaan dari sms wartawan, penyokong dan kenalan rapat, beliau lega akhirnya isu ini terungkai dengan sikap terbuka dan professional Bang kembali melapor diri dan bertemu kembali dengan rakan sepasukan memulakan latihan. Sebelum ini, pengurus skuad hijaukuning, Dato' Jeffrey Low Han Chow memainkan peranan penting dalam melakukan rundingan 4 mata bersama pemain tersebut dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku. Ternyata Tan Cheng Hoe meluahkan rasa amat lega dengan perkembangan terkini pasukan. Baginya, isu ini patut menjadi sejarah dan beliau tidak melihat insiden yang berlaku adalah isu peribadi tetapi semua pihak perlu professional dalam menjalankan tugasan masing-masing.

Di awal sesi latihan petang tadi, Bang Seung Hwan mengambil kesempatan memohon maaf secara terbuka dari ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, staf pasukan dan rakan sepasukan di atas tindakan beliau yang menyebabkan fokus pasukan sedikit terganggu. Secara peribadi beliau begitu bersemangat untuk kembali beraksi dan begitu sayangkan pasukan, sudah tentu tempoh 17 hari tidak bersama pasukan cukup mengajar beliau untuk terus memperbaiki tindak-tanduknya di masa hadapan.




Permohonan maaf beliau diterima baik semua dan sudah pasti berita terkini ini mampu mengukir senyuman penyokong hijaukuning berbaki 2 lagi perlawanan kumpulan A TM Piala Malaysia 2015.
Bang Seung Hwan pemain versatile kerana mampu beraksi baik di bahagian pertahanan dan serangan. Di awal kemunculan diragui, kini beliau antara tulang belakang pasukan dalam pertembungan penting mengemudi bahagian pertahanan Kedah.
Buang 'BANG' yang keruh, ambil 'BANG' yang jernih, ayuh kita bersama-sama meneruskan misi memburu Piala TM Piala Malaysia 2015.

BANG WITH HEART. KEDAH IN HIS HEART.



Credit to: Persatuan Bola Sepak Kedah


Post a Comment

 
Top