Wanita melamar lelaki adalah amalan yang terpuji 

Jangan malu melamar lelaki yang kita suka . Kerana kita sebagai wanita , kitalah yang memilih bakal pemimpin rumah tangga kita . Kepentingan memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai suami . Kerana suamilah tunggak keluarga yang menegakkan rumahtangga . Dan suamilah nakhoda yang berperanan mengemudi bahtera rumahtangga . Tanpa tunggak yang utuh dan nakhoda yang berhikmah , tentunya rumahtangga mudah goyah akibat angin ribut yang meniup dan gelombang ombak yang memukul . Justeru memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai bakal suami amat penting . Mesti disertai dengan menggunakan akal dan rasional yang tinggi . Bukan hanya memilih berdasarkan perasaan cinta semata-mata 

Bagi saya , tiada istilah ' Perigi mencari timba ' . Itu hanyalah sekadar mitos atau peribahasa yang mengarut . Dalam islam tidak pernah melarang apalagi mengharamkannya . Malah di dalam sejarah Islam , seorang wanita yang mulia dan banyak berjasa dalam dakwah awal Islam telah melakukannya . Beliau ialah Ummu al-Mukminin Khadijah radhiAllahu `anha binti Khuwailid . Beliau telah melamar seorang lelaki mulia , lagi bijak , lagi amanah , lagi kacak , lagi jujur iaitu Muhammad SAW untuk dijadikan suami kepada beliau .
Betapa Khadijah tahu apa yang baik untuk dirinya . Beliaulah yang memulakan lamaran apabila di sana terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan bisa membimbing beliau . Dan ternyata perbuatannya itu menghasilkan keberuntungan , bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat 

Kalau kita suka pada seseorang dan inginkan dia menjadi pasangan kita sampai ke syurga , kita lamarlah dia . Dia terima atau tidak , kita serahkan pada Allah . Tawakallah , jangan malu untuk melamar lelaki . Tetapi , malulah bila lelaki ajak kita couple dan kita terima 

‪#‎Allahu‬ 

Credit to: Engku Aimi Afifah

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top