BAGI yang gemar membaca, memulangkan buku pinjaman perpustakaan lewat beberapa hari daripada tempoh pemulangannya bukanlah sesuatu yang pelik.
Namun, pustakawan di perpustakaan Portland State University terkejut beruk apabila dua buah buku akhirnya dipulangkan– 52 tahun kemudian!
Buku-buku tersebut, Basic Principles of Speech dan Preface To Critical Reading dipinjam pada Januari 1963 dan salah satunya merupakan buku yang dilarang dipinjam, serta tidak sepatutnya dibawa keluar perpustakaan itu.
Bersama buku-buku tersebut disertakan sekeping kertas bertulis pesanan tanpa ditinggalkan pengenalan diri.
519165065_c_570_411

” ‘Pinjam’ buku ini pada tahun 1963 sebagai rujukan kelas ucapan semasa di sekolah tinggi. Buku-buku ini telah acap kali memberi inspirasi kepada saya.”
“Sudah tiba masanya mereka ‘pulang ke rumah’. Ketinggalan zaman–betul, tapi saya biarkan anda lakukan keputusan terhadap nasib mereka nanti,” tulis peminjam itu.

Nasib kedua-dua buku tersebut masih belum diputuskan, namun  buku-buku itu tidak akan diletakkan di dalam peredaran perpustakaan itu, menurut pustakawan universiti.
Nasib baiklah tidak dikenakan denda; kalau tidak berapa pula kena bayar tu kalah dah 52 tahun buku pinjam dibuat harta,kan.

Post a Comment

 
Top