BINTANG Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan sekali lagi melakar sejarah apabila dikurniakan gelaran doktor kehormat dari University of Edinburgh, Scotland pada Khamis lalu.

Anugerah tersebut dikurniakan atas sumbangan hebat Shah Rukh, 49 tahun, dalam dunia perfileman antarabangsa selain kerja-kerja amal yang pernah dilaksanakannya sebelum ini.

shahrukhkhandoctorate
Antaranya, membintangi lebih daripada 80 buah filem Bollywood termasuk kerja amal membawa tenaga solar ke kampung-kampung luar bandar di India.

Selain itu, Shah Rukh turut mewujudkan wad kanak-kanak di sebuah hospital di Mumbai dan menyokong dana untuk membantu kawasan yang dilanda bencana alam tsunami pada tahun 2004.

Sumbangan ini sekali gus melayakkan aktor kacak kelahiran India ini menerima ijazah kehormat Honoris Kausa iaitu gelaran yang diberikan sebagai suatu penghormatan (tanpa perlu membuat tesis).

Shah Rukh Khan berkata, pengikitrafan yang diterima dari University of Edinburgh memberi inspirasi buat dirinya untuk sentiasa bekerja lebih keras.

Post a Comment

 
Top