Skrip yang sama berulang sepertimana ketika Malaysia berdepan Palestin Jun lalu dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 apabila ditewaskan 6-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Amman, Jordan, malam ini.
Harimau Malaya memulakan permainan dengan disiplin tinggi di bahagian pertahanan apabila Palestin sudah mengatur serangan sejak dari tiupan wisel pertama yang menyaksikan Ahmed Abunahia meraikan jaringan hatrik. Palestin semakin hampir untuk menembusi pintu gol Malaysia pada minit ke-19, namun Shahrul Saad berada di posisi tepat untuk mengeluarkan bola dari atas garisan gol.
Pesta gol Palestin bermula pada minit ke-37 menerusi rembatan rendah Jonathan Zorrilla dan disusuli Ahmed Abunahia seminit selepas itu apabila bijak memintas tolakan lemah Matthew Davies kepada Razman Roslan dan berpeluang melengkapkan hatrik sebelum babak pertama berakhir.
Anak buah Datuk Ong Kim Swee cuba bangkit pada awal separuh masa kedua dan memiliki kesempatan terbaik untuk menggegar gawang lawan. Amri Yahyah berjaya memperdayakan dua pertahanan lawan tetapi tindakan penyudahnya belum cukup untuk mengatasi penjaga gol lawan, Tawfiq Abuhammad.
Palestin terus memburu jaringan lagi sehingga berjaya menambah dua lagi gol menerusi sentuhan Tamer Seyam pada m-88 dan Jaka Hbaisha pada m-90. -BERNAMA
Post a Comment