Kecoh di laman sosial berkenaan video yang berdurasi 55 saat yang memaparkan aksi seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman telah bertindak memanjat sebuah kereta peronda polis dalam kejadian di Kuala Terengganu pada hari Ahad.Tindakan lelaki tersebut menyebabkan suasana di kawasan berkenaan kecoh seketika.

 Dalam kejadian jam 7.20 pagi, kehadiran lelaki berusia 20-an itu menarik perhatian orang ramai terutamanya ibu bapa yang menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek. Sebelum kejadian, lelaki yang dipercayai berasal dari kampung berhampiran dilihat bermain-main di bahu jalan di depan pintu pagar SK Seri Budiman.

Beberapa saksi berkata, lelaki itu pada mulanya telah menyepak kon yang diletakkan di bahu jalan hingga mengenai penunggang motosikal.Penunggang yang tidak tahu tentang status lelaki itu cuba mengejar dan mahu membelasahnya.Bagaimanapun, anggota peronda polis yang kebetulan melalui jalan itu telah memberhentikan kenderaan sebelum lelaki berkenaan tiba-tiba memanjat kereta polis itu.

Lelaki itu kemudiannya menunjukkan aksi seperti berdoa dan berpeluk tubuh.Anggota polis peronda yang melihat aksi lelaki itu memujuk supaya dia turun namun arahan itu tidak diendahkan sebaliknya, lelaki itu bertindak menanggalkan bajunya pula.

Sementara itu, Datuk Che Mat ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan hal ini di mana beliau mengakui lelaki berkenaan adalah jirannya dan mereka telah berbual dua hari sebelum ini selepas pulang solat dari Masjid Kampung Nibong, di sini.


Lelaki tersebut berdiri atas keretaperonda polis

Lelaki itu turut memanjat kereta orang awam

Orang ramai melihat aksi lelaki berkenaan

Post a Comment

 
Top