Seorang jurukamera wanita  dipecat selepas sengaja menyepak dan menyadung kaki seorang pelarian Syria yang sedang mendukung anak ketika melarikan diri daripada polis. Wanita itu merupakan pekerja siaran televisyen N1TV dari Hungary dan membuat liputan mengenai pelarian Syria.

Aksi kurang ajar itu dirakam oleh jurukamera dari televisyen lain yang kemudiannya tersebar di Internet. Aksi wanita tersebut mendapat perhatian ramai pihak terutama di Eropah yang mana mereka mengutuk tindakan wanita itu.

Pelarian dari Syria secara beramai-ramai bertindak melintasi sempadan Hungary-Serbia untuk mencari penempatan baru dan ianya menjadi krisis di eropah.

Sebahagian besar pelarian bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa Hungary semasa melintasi sempadan. Selain dari lelaki tua terbabit, jurukamera itu turut dilihat menyepak beberapa pelarian yang lain.

Wanita itu menyepak jatuh pelarian yang sedang mendukung anaknya


Pelarian itu jatuh menghempap anaknya

Post a Comment

 
Top