Sudah lama rasanya filem keluaran tempatan  dapat menghasilkan kutipan pecah panggung kerana kebanyakan filem yang ditayangkan di pawagam sejak awal tahun lalu, kurang mendapat sambutan penonton.

Namun begitu karya terbaharu lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak iaitu Polis Evo berjaya mengutip RM2.5 juta selama empat hari ditayangkan sejak 17 September lalu. Filem yang bergenre aksi dan komedi itu merupakan sentuhan pengarah berbakat besar Ghaz Abu Bakar.

Astro Show dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, selain kutipan itu, Polis Evo juga peroleh pengaruh di laman sosial yang mana berjaya menarik hampir 1 juta view di laman video popular youtube.

Lagu tema filem tersebut yang berjudul Evo juga mendapat tempat di kalangan peminat muzik apabila hampir 700,000 pelayar mendengar lagu berentak “up beat” itu dalam tempoh kurang satu bulan selepas ia di muat naik di laman YouTube. Lagu tersebut juga giat diputarkan di setiap radio tempatan seluruh Malaysia.

Setakat ini, kutipan panggung Polis Evo dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa berdasarkan respon serta sambutan luar biasa yang diberikan orang ramai terhadap filem ini.

Polis Evo merupakan filem yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah di negeri Terengganu.

Post a Comment

 
Top