Semalam, gempar lagi perkembangan di tanah suci apabila dikejutkan dengan satu kejadian kebakaran melibatkan khemah penempatan jemaah haji di Mina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia yang terbabit dalam tragedi kebakaran khemah tersebut.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku pada petang Jumaat itu membabitkan khemah penempatan jemaah haji Mesir.

"Punca kebakaran dipercayai bermula dari sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.

"Tabung Haji (TH) telah membuat pemeriksaan dan tiada jemaah kita terbabit. Semua jemaah Malaysia berada dalam keadaan baik di bawah pemantauan TH," katanya lagi.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di talian 03-62071919

Post a Comment

 
Top