Orang ramai yang mahu menggantikan kad pengenalan (MyKad) baru disebabkan kehilangan kad tersebut akan dikenakan denda dengan kadar yang baharu berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman yang membuat kenyataan pada hari ini.

Kadar denda baru adalah seperti berikut,

Kehilangan kali pertama: Kadar asal, RM100     Harga baru,RM100

Kehilangan kali kedua: Kadar asal,RM200         Harga baru,RM300

Kehilangan kali ketiga: Kadar asal RM300         Harga baru,RM1000

Bagaimanapun kadar baru ini dikecualikan kepada orang kurang upaya(OKU), fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

Datuk Sri Adenan Ab. Rahman juga  berkata, langkah itu dibuat bagi memperketatkan prosedur permohonan gantian MyKad yang hilang

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kadar kehilangan kad pengenalan disebabkan oleh kecuaian individu daripada tahun 2010 hingga September 2015 adalah sebanyak 1,356,135 kes.

Sementara itu, pengguna yang kehilangan kad pengenalan buat kali kedua dan seterusnya perlu membuat laporan polis terlebih dulu sebelum memohon semula kad pengenalan gantian.

Selain itu, permohonan gantian kad pengenalan kali ketiga dan seterusnya akan disiasat terlebih dulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan.

Post a Comment

 
Top