Polis lakukan Tangkapan Berhubung Culik Kanak-Kanak di Kajang
Seorang lelaki ditahan malam tadi dipercayai dalang utama kes penculikan kanak-kanak berusia 5 tahun di Kajang semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang Raya, Sungai Chua.
"Polis turut menemui RM1,050 di dalam beg duitnya dan dipercayai ia adalah sebahagian daripada wang tebusan yang diserahkan keluarga mangsa.
"Hasil siasatan, polis turut menemui RM60,500 yang disembunyikan di bawah motosikal miliknya," katanya pada sidang media, sebentar tadi.
Sementara itu, polis menahan 4 orang lelaki termasuk seorang pemandu teksi yang membawa pulang kanak-kanak itu kepada keluarganya.
Datuk Abdul Samah Mat juga berkata mereka juga berjaya merampas kembali wang tebusan bernilai RM300,000 yang dibayar.
Post a Comment