Sebuah kapal, MT Almi Spirit dinaiki 6 perompak di Selat Singapura, hari ini.


Kejadian itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menerusi catatan akaun Twitter beliau.


"Almi Spirit  dinaiki 6 perompak di Selat Singapura 7 pagi  tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor," katanya menerusi laman Twitter terbabit.

Menurut APMM Wilayah Selatan, sidang akhbar berkenaan kejadian itu akan diadakan di Pejabat APMM Wilayah Selatan pada 1.30 petang ini  oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Baharu Kepten Maritim Aminuddin Abd. Rashid.

Post a Comment

 
Top