Baru-baru ini kecoh di  sosial media tentang pelakon dan peserta program televisyen popular Running Man, Song Ji Hyo yang dikatakan sudah memiliki anak perempuan tetapi tidak mendedahkannya?

Adakah betul berita yang disebarkan tersebut, atau ia hanya untuk menarik perhatian netizen sahaja? Berita itu tercetus selepas terdapat gambar seorang budak perempuan di Korea Selatan yang telah menjadi viral kerana rupa parasnya yang mirip sekali dengan selebriti tersebut.

Walau bagaimanapun, budak berkenaan bukanlah anak kepada Ji Hyo  malah mereka memang tidak ada pertalian darah sama sekali apatah lagi anak-beranak.

Peminat Ji Hyo juga telah memberi beberapa nama panggilan kepada budak berkenaan seperti little Ji Hyo, Anak Ji Hyo dan banyak lagi.

Ia mendapat perhatian netizen selepas sebuah forum online di Korea Selatan membincangkan persamaan antara budak tersebut dan Ji Hyo dengan tajuk ‘Anak perempuan Ji Hyo yang disembunyi’ .

Bahagian rupa mereka yang kelihatan sangat sama adalah pada bahagian mata yang bulat, bulu mata melentik dan senyuman yang manis sehingga sukar untuk membezakan mereka berdua.

Gambar budak perempuan itu mula menular serta menjadi popular dalam kalangan masyarakat termasuk media tempatan dan luar negara.

Namun begitu, perkara yang tidak boleh dinafikan adalah mereka berdua sememangnya sama-sama comel dan mempunyai senyuman yang manis.





Post a Comment

 
Top