Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan bahawa semua sekolah di seluruh Malaysia kecuali sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah diarahkan untuk tutup selama dua hari akibat jerebu yang semakin teruk.

"Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

"Sesi persekolahan petang bagi Kedah, Terengganu dan Johor pada hari ini, 4 Oktober 2015 ( Ahad ) turut perlu ditutup. Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah," katanya dalam satu pengumuman sebentar tadi.

Sementara itu, Dato' Seri Mahawangsa di laman Facebooknya membuat pembetulan dimana sesi persekolahan petang bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor pada hari ini berjalasan seperti biasa. Bukan seperti yang dinyatakan sebelum ini.


Sekolah-sekolah yang terlibat dengan arahan penutupan tersebut juga katanya tidak perlu menggantikan persekolahan mereka.

Beliau turut memaklumkan peperiksaan awam akan tetap diteruskan mengikut jadual sekiranya keadaan jerebu masih berpanjangan.

Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan bermula 12 hingga 15 Okt. ini, Sijil Pelajaran Malaysia (2 Nov. hingga 8 Dis.), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari 19 hingga 27 Okt

Post a Comment

 
Top