Sebentar tadi, beberapa media antarabagsa melaporkan Perjanjian TPPA sudah pun dipersetujui oleh kesemua negara yang terlibat.
TPPA dirunding selama lima tahun oleh Amerika Syarikat dan Jepun dengan sasaran untuk menghapuskan sekatan perdagangan dengan 10 negara lain yang terlibat termasuklah Malaysia.
Perjanjian kontroversi tersebut merupakan perjanjian perdagangan yang terbesar dalam tempoh 20 tahun dan menjadi matlamat jangka panjang dalam pentadbiran presiden Amerika, Barack Obama.
Antara negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat.
Perjanjian yang diketuai oleh AS itu meliputi 40 peratus dari ekonomi dunia dan akan berkuatkuasa selepas Parlimen kesemua negara yang terbabit dalam rundingan itu meluluskannya.
Bagi menjelaskan tentang perkara tersebut, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Sri Mustapha Mohamed tampil membuat kenyataan media.
Dalam kenyataan tersebut, Mustapha menekankan bahasa Malaysia masih lagi belum menandatangani perjanjian terbabit walaupun banyak perkara yang sudah dipersetujui.
Menurut beliau,Parlimen akan membuat keputusan sama ada akan menandatangani perjanjian ini atau tidak.
Tegas Mustapha juga, pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk mengambil kira kebimbangan dan sensitiviti di Malaysia seperti isu bumiputera.
Kenyataan penuh dari Mustapha Mohamed:
Post a Comment