Untuk siapa2 yang bergaji minimum RM1000 sebulan bersih or gaji tak tetap mcm business sendiri boleh try apply loan PPR ni. Mudah lulus terutama golongan muda.
Untuk pembelian rumah sehingga RM120 ribu sahaja loan 100% cumanya deposit awal wajib keluar. Bila loan dah lulus dapat extra Cash

Tips: kalau banker interview anda jangan lak memandai cakap beli rumah untuk disewakan. confirm tak lulus hehe..
Saya baru uruskan 1 buyer yang guna loan under pakej ini bagi pembelian rumah low cost.
Jom tengok ciri2 kat bawah, jika menepati syarat2 yang ditetapkn boleh try apply dan walk in ke mana2 cawangan BSN berhampiran untuk semak kelayakan anda.
BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)
BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) adalah untuk bantu mereka yang bekerja sendiri atau mempunyai pendapatan tak tetap.
Syarat-syarat kelayakan:
» Warganegara Malaysia berumur 18 - 60 tahun.
» Individu / permohonan bersama.
» Bukti bekerja sendiri.
» Pendapatan minimum RM1,000 sebulan.
» Untuk pembiayaan rumah pertama dan diri sendiri duduk sahaja.
» Pembiyaan rumah kos rendah atau sederhana.
Ciri2 & Faedah
» Pembiayaan sehingga RM 120,000.
» Kadar interest BR + 3.00%.
» Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA / MRTT & TLRT).
» Pembiayaan sehingga 35 tahun.
Note:
» Kadar Asas BSN terkini (BR) is 3.95% (bermula 21 Julai 2016).
Caj lewat bayar
» Ansuran Bulanan dalam Tunggakan × 1% × Bilangan hari lewat ⁄ 365.
Duti setem
» Dokumen Utama - Akan dikenakan pada dasar ad valorem.
» Dokumen lain – RM 10.00
Sangat berbaloi untuk dicuba daripada Bank BSN sahaja
Sumber Info Kredit Via Sallymiss Laimin

Post a Comment

 
Top