🐳🦈Percutian ke Pulau Redang πŸ πŸŸπŸ‘
Ramai yg tanya , berapa harga pakej. Ok let me explain. Hajatnya nk pergi ke Pulau Perhentian memandangkan kami blum sampai lg kedua2 pulau ni .Nama je org terengganu sejati tp pulau negeri sendiri pon belum pergi lg πŸ˜
Plan bertukar ke pulau Redang cz dr review org ramai 89.5% memilih Redang .



Dari Jetty Syahbandar ke Pulau Redang makan masa 1jam 35minit
Ada 2 sahaja resort tukang masak melayu iaitu Laguna Redang dan Redang Lagoon . Yg lain2 resort byk tp kbykn chinese . So yg tak nk was-was blh pilih kedua resort ni tp klo nk yg bajet blh pilih Redang sbb Laguna harganya RM600-1000 lbih per pax .pling murah dpt bilik paling blkgπŸ˜‚πŸ˜‚.nk yg private pon ada iaitu Taras , harga pon cunπŸ˜‚byk resort2 menarik so blh buka Agoda or Booking.com
So kami decide ambik redang lagoon sbb kami nk chalet yg tepi pantai. Jln 7-8 langkah blh terus terjun pantai.Kami search melalui website. Blh search Redang Island. Nti blh tgk list resort yg ada beserta bajet kita dan pakej travel agency yg ada. So kami pilih
Redang Lagoon Resort RM300 perpax include
Bilik aircond 3hari 2 mlm
Breakfast 2x
Lunch 2x
Hi-tea 2x
Dinner 1x dan BBQ 1x
Snorkeling 3x
Ferry pergi balik dr shahbandar jetty
Review utk resort ni :
Totally puas hati. Sbb bilik kami ada 1 katil queen 1katil bujang
Tv mmg takde. So elok la utk percutian ketenangan jiwa.mula-mula angin la jgk , sbb sblum ni byk pergi pulau ,kbykn ada tv. Lps tanya geng-geng pulau , diorg ckp mmg takde melainkan resort mhl gile tu ada tv. Tp takde mslh sbb kalo ada tv mmg tak sempat tgk sbb kami lbih suka aktiviti luar.
Mknn semua sdp. Bbq dia mmg best sbb dpt mkn ikan,sotong fresh.bakar sendiri dan ramai-ramai mmg best.lps tu mkn bawah pondok hadap pantai.nikmatnyaaaa😎😎. Nk bawak mknn sendiri pon blh mcm kami blh air nescafe 6 tin, roti , dan jajan. Xperlu bawak byk cz tak sempat nk lapar pon , byk kli mkn. Air masak or sejuk blh refill.resort sedia satu tong besar.Air panas nk masak maggie cup pon ada😎😎
Oh ye, jgn lupa bawak sabun,syampoo sendiri sbb resort tak sedia . Better bawak yg antibakteria mcm dettol,shokubutsu tu sbb lps mndi laut bdn melekit2..
Resort ni best sbb ada tempat lepak.byk pondok hadap laut dan buai utk korang santai bawah pokok. Suami kak ghah siap tidur2 lg atas buai takde oran ganggu.
Review snorkeling :
Snorkeling 3x. Hari pertama sampai jam 10.45am tu ,check in ,mkn dan jam 2.30 snorkeling open sea. Cantik dan byk ikan. Blh la bawak roti gardenia klo nk shoot gmbar ikan cecantik.
Hari kedua snorkeling jam 9.30pg pergi taman laut. Yg sini ikan lg byk,air mmg jernih,coral...korang tgk la feeling duyung berenang bersama ikan.MasyaAllah,Subhanallah cantiknyaaa. Tiket marine park RM5 seorang byr kt jetty. Snorkeling ketiga jam 2.30pm.Ketiga-tiga tempat ni kami pergi sbb tak kecewa mmg nmpk ikan mcm2 jenis.. cantiknya kejadian alam . So far kami suka mcm ni sbb ada gap utk rehat,blik bilik dan mandi solat dan bukan berjemur satu hari pergi snorkeling .
Life jacket RM10 dan Mask RM10 blh sewa kt resort. Jadi hak penjagaan kita selama 3 hari. Nk check out tu bru pulangkan πŸ™‚
Tips penting :
✔️ better bawak bagpack yg jnis waterproof. Kami bawak 3 bag. 2bag letak bju dan 1bag kcik ltk mknn. Tak perlu bawak bag troli bagai sbb nti kena pindah bot cz feri takleh turunkan penumpang sampai tepi pantai
✔️ pakai selipar jepun jerrrr. Sbb kt sana kami byk berkaki ayamπŸ˜‚
✔️ bawak pakaian renang muslimah bg yg muslim . Atau pakai je sluar trek yg tak serap air.
✔️ gopro atau cover waterproof blh bwk.rugi tak snap or video ikan cantik2 dasar laut
✔️ duit tak perlu bwk byk. Kami bawak sikit je sbb nk bli apa-apa ,air kelapa dan etc . Klo nk lg mudah transfer siap2 masa booking resort .
✔️ Sunglass wajib bawak
✔️ Klo korang nk selesa blh bawak towel sendiri
✔️ takde gopro blh sewa Rm30 half day ,RM60 satu hari mlm bru return
✔️ Pulau di Pantai Timur ditutup dari bulan November-Februari sbb musim tengkujuh
✔️ Jadual feri hala pergi jam 9pg,10.30pg dan 3ptg . Better ambik awal pg.
✔️ Jadual feri hala balik 9pg dan 11pg shj
Ni travel yg kami ambik pakej .So far mmg fast respon dan complete .
De Penarik Beach Travel Tour Sdn Bhd
No fon : 09-6903669/09-6903843
Mobile fon :0139483550
Email :depenarikbeach@gmail.com
Nota : dipersilakan share πŸ˜€
credit to FB: Almari Si Gyhah 

Post a Comment

 
Top