Cakap-cakap beberapa pihak yang menempelak bahawasanya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai satu badan yang hanya menguruskan harta dan kebajikan anak-anak yatim atau golongan miskin adalah sudah lari dari fakta sebenar.
Kebenarannya, YaPEIM adalah sebuah badan yayasan yang ditubuhkan sejak tahun 1976 adalah untuk menguruskan ekonomi Islam dan pelbagai lagi aktiviti-aktivi
Juga, kata-kata-kata YaPEIM telah menyalahguna dana yang kononnya telah diberi oleh pihak kerajaan adalah ‘auta’ semata-mata dan tidak benar. Ini kerana, YaPEIM tidak pernah menerima sebarang dana atau bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Sebaliknya, YaPEIM hanya mengeluarkan dana sendiri.
Statistik kewangan YaPEIM pada tahun 2014 menunjukkan, YaPEIM telah menerima sumbangan jariah daripada potongan gaji sebanyak RM304,810,663.3
Tahun 2014, YaPEIM telah mengeluarkan perbelanjaan jariah sebanyak RM453,089,452.7
Bukan itu sahaja, YaPEIM turut mengeluarkan dana sendiri seperti yang dikatakan di awal tadi iaitu sebanyak RM118,157,688.7
Fungsi utama YaPEIM harus difahamai dan dihayati. YaPEIM bertindak sebagai pelaksana program teras yang dianjurkan YaPEIM sendiri seperti Program Mikro Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan fakir miskin.
Tiga program teras lain adalah program membangunkan institusi Islam yang merangkumi pembinaan masjid-masjid untuk kegunaan komuniti setempat serta program pembangunan tanah wakaf dan pemangkin, iaitu program membantu mangsa bencana alam.
Dari segi sumber kewangan, YaPEIM menggalakkan individu dan institusi swasta menyumbang sama ada melalui skim potongan gaji atau skim korporat penyayang.
Untuk penjawat awam misalnya, kemudahan potongan gaji boleh dibuat setiap bulan dengan potongan serendah RM5. Dari potongan gaji inilah sumbangan jariah telah diberikan kepada YaPEIM untuk perlaksanaan program-program
Syarikat korporat pula boleh menyumbang dengan memilih sendiri badan tertentu yang ingin dibantu dan membantu secara kelompok. Pilihan boleh dibuat misalnya daripada rumah-rumah anak yatim yang ada di negara ini, rumah orang tua atau sebarang bentuk badan kebajikan sukarela atau badan bukan kerajaan yang memerlukan.
Malah, dari dana yang YaPEIM keluarkan, ia telah membantu hampir 200,000 orang untuk pembangunan ekonomi mereka. Bukan itu sahaja, seramai lebih dari 1,000 pelajar di Amerika Syarikat yang terlibat dengan program Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) menerima bantuan dana dari YaPEIM.
SANTUN diperkenalkan sebagai usaha untuk memberi apresiasi kepada anak-anak di dalam kelompok Miskin atau Yatim yang telah menunjukkan prestasi tersendiri dalam bidang pelajaran, sekaligus sebagai langkah untuk melakukan islah terhadap masa depan anak-anak yang terpilih melalui skim ini.
Jadi, adalah tidak adil meletakkan fungsi utama YaPEIM hanya untuk pengurusan kebajikan golongan yang susah dan miskin atau badan berkebajikan untuk anak-anak yatim di Malaysia.
Juga fungsi YaPEIM tidak boleh sama sekali disamakan dengan badan berkebajikan kerana objektif bantuan tertumpu kepada badan-badan kebajikan dengan tujuan membantu secara kolektif dan bukanlah bantuan kepada individu atau persendirian kepada orang ramai dalam Malaysia.
Memandangkan dana YaPEIM ini didapati dengan usaha yayasan sendiri dan sumbangan jariah dari pihak-pihak yang prihatian, fungsi YaPEIM untuk menggunakan dana-dana harus difahami.
Untuk itu, kata-kata bahawa YaPEIM atau pihak-pihak yang berada di bawah YaPEIM sebagai pihak yang menyeleweng dana yayasan ini tidak boleh diterima kerana setiap perlaksaan program-program
Sumber: wakeup malaya
Post a Comment